Tempat Menarik di Sarawak

14:02 |

Negeri Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang merupakan negeri terbesar di Malaysia. Kuching yang diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 0gos 1988 dan sejak itu Kuching menjadi tempat utam tarikan pelancong di Sarawak. Menjejaki tempat yang menarik di Sarawak, negeri yang terkenal denga khazanah semulajadi dan hidupan liar di Malaysia. Disini dipaparkan 5 tempat menarik yang terdapat di Sarawak. 

1. KAMPUNG BUDAYA
Kampung budaya juga dikenali sebagai muzium kehidupan ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Kampung budaya ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching dan merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan. Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian seperti aktiviti memproses sagu dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelancong. Penduduk kampung akan menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada para pelancong yang berkunjung ke tempat mereka. Pelancong juga boleh melihat replika bangunan yang mewakili setiap suku kaum peribumi utama yang ada di Sarawak seperti rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi Melanau, dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas iaitu tempat untuk pelawat menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Bagi pelancong yang ingin mencipta kelainan dalam perkahwinan, pelancong boleh melansungkan perkahwinan mereka di kampung budaya Sarawak mengikut tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh dan Orang Ulu. 











2. PUSAT HIDUPAN LIAR SEMENGGOH (WILDLIFE CENTRE)
Pusat hidupan liar Semenggoh terletak kira-kira 24 kilometer dari pusat bandaraya Kuching terkenal dengan pemuliharaan Orang Utan yang menjadi daya tarikan pelancong ke Sarawak. Pusat ini bermula dengan sepasang Orang Utan yang membiak dan menjadi semakin banyak. Orang Utan yang dipelihara disini akan dibebaskan ke dalam hutan apabila telah dewasa. Sama seperti pusat pemuliharaan hidupan liar, ia juga dibuka kepada orang ramai untuk tujuan pendidikan dan penjelasan berkenaan kepentingan melindungi hidupan liar. Pusat pemuliharaan hidupan liar semenggoh ini turut dihuni hampir 1 000 hidupan liar terancam yang terdiri daripada mamalia, burung dan reptilia. Namun, ia menjadi terkenal apabila pusat berkenaan menjalankan program Rehabilisasi Orang Utan dan telah berjaya melepaskan semula Orang Utan ke habitat asal mereka. Justeru itu, ia telah berubah menjadi salah sebuah pusat kajian biologi dan kelakuan khusus untuk Orang Utan. 
















3. KUCHING WATERFRONT
Kuching waterfront merupakan tempat wajib dilawati sekiranya berkunjung ke Sarawak. Kuching waterfront adalah antara tempat tarikan utama di Sarawak terutamanya Kuching iaitu bandaraya Sarawak. Selain melihat keindahan sungai Sarawak, pelancong boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil (perahu tambang) dan menaikinya dengan kadar tambang yang cukup murah. Kuching waterfront juga tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Bertentangan dengan waterfront Kuching pula, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang cantik dan unik bermotifkan tradisi Sarawak. Daripada tikar sarawak yang popular, kepada hasil tembikar yang beraneka bentuk seperti pasu, patung kucing dan sebagainya, semuanya ada ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Pelancong juga boleh mendapatkan pelbagai buah tangan dan ole-ole untuk dibawa pulang dari sini. 










4. TAMAN NEGARA GUNUNG GADING
Taman negara gunung gading merupakan kawasan bergunung-ganang yang indah yang terletak di hanya 2 jam perjalanan dari Kuching. Taman ini terletak berhampiran Lundu, sebuah pekan kecil yang menarik di barat-daya Sarawak. Pada mulanya, taman negara ini merupakan sebuah kawasan pemeliharaan tertutup bagi tumbuhan Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga bergaris pusat satu meter. Walau bagaimanapun, selepas menjalankan kajian meluas tentang kesan ke atas alam sekitar, Jabatan Taman Negara membuat keputusan bahawa Gunung Gading adalah harta negara yang berharga yang perlu dikongsi dengan orang awam. Oleh itu, taman negara ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1994.  Taman negara gunung gading dikawal rapi oleh Jabatan Taman Negara bagi memastikan pelancong mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang kembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut ataupun tumbuhan lain di sekitarnya. Trek laluan hutan membawa pelawat menuju ke sungai, air terjun dan kawasan gunung dan sebuah laluan bagi membawa pelawat ke puncak gunung gading. 















5. JONG'S CROCODILE FARM
Jong's crocodile farm atau Taman Buaya Jong di Sarawak adalah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Taman ini terletak di daerah Pedawan (jalan Kuching-Serian) merupakan kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya terbesar di Malaysia. Buaya-buaya disini ditempatkan mengikut sai, jenis, spesis dan umur. Sekiranya waktu kunjungan pelancong tepat pada masanya, pelancong dapat menyaksikan pertunjukkan memberi makan kepada buaya secara langsung. Pelbagai cenderamata kenang-kenangan boleh dibeli. 













0 comments:

Post a Comment